Oleh Shakran Shamsudin, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan, Kuala Langat.

Pertama sekali tahniah kepada para usahawan tani kecil atau besar di malaysia ini yg terus menerus mengeluarkan hasil demi memastikan kelangsungan sumber makanan dalam negara. Pelbagai risiko dalaman serta luar kawalan terpaksa dihadapi seperti cuaca, harga yang tidak menentu, serangan penyakit, kekurangan buruh dan pelbagai lagi ancaman.Namun industri tani ini perlulah sustainable. Persoalan yang wajar kita fikirkan, adakah kita dan negara kita bersedia untuk industri tani ini berdiri sebagai tonggak pembangunan negara?

Mengikut pemerhatian saya, selaku petani yang membangun dengan teori lama , secara peribadi kita masih belum bersedia.Tetapi dengan perkembangan baru akibat Covid-19, beberapa terma baru seperti ‘New Norm’ atau ‘Norma Baharu’ telah diperkenalkan. Saya tertarik dengan istilah ini terutamanya bentuk ‘Norma Baharu’ yang dicanangkan oleh pemikir-pemikir lama .Kita jugak maklum kegagalan pemikir-pemikir lama dalam membangunkan industri tani ini secara komprehensif. ‘Norma Baharu’ yang dibina hanya di atas teori mungkin sedikit sebanyak memberi petunjuk kepada usahawan tani untuk mengharungi cabaran di hadapan, tetapi yang lebih penting adalah praktikaliti ‘Norma Baharu’ ini supaya insiden-insiden lama seperti kelompongan dalam pengagihan subsidi yang berbillion ringgit tidak lagi berlaku. Usahawan tani dalam ‘Norma baharu’ adalah mereka yang membangunkan negara dan ketirisan peruntukan sewajarnya tidak berlaku lagi.

Saya sertakan disini beberapa cadangan dalam industri tani yang boleh kita bangunkan sebagai sebuah industri yang sustainable dan mapan.

1 – TANAH PERTANIAN YANG KEKAL 
Tanah merupakan sumber asas pembangunan industri tani. Cabaran utama masa kini untuk usahawan tani muda pastinya kesukaran mendapatkan tanah sebagai tapak pertanian. Dengan ketiadaan tanah pusaka dan kebanyakan tanah pertanian telah bertukar status menajdi tanah kediaman, usahawan tani muda berdepan dengan tugas sukar. Justeru, apakah pilihan yang ada ? Untuk usahawan tani muda yang memahami konsep pengurusan ladang yang efektif, sudah pastinya mengambil kira pelbagai faktor seperti kesesuaian lokasi dan infrastruktur

Pada saya, program Tapak Kekal Pengeluaran Makanan Negara (TKPM) dan konsep ‘satelite farm’ adalah pendekatan yang sangat mapan. Tapak-tapak pertanian begini akan dapat membantu industri tani berkembangan sehingga generasi yang akan datang.

2- OPTIMUMKAN PENGHASILAN TANAH YANG TERBIAR
Terdapat banyak tanah bersaiz 1 dan 2 ekar yang tidak digunakan atau diduduki. Kebanyakan mungkin merancang untuk membangunkan kediaman sewaktu pencen nanti. Keadaan ini agak merugikan kerana tanah sebagai sumber pertanian yang kritikal sewajarnya dibangunkan bagi meningkatkan hasil pertanian. Tanah-tanah yang tidak diduduki atau digunakan yang berada di lokasi bersesuaian boleh digunakan oleh usahawan tani dengan konsep pajakan. Perjanjian menang-menang antara pemilik tanah dan usahawan tani akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Pihak berautoriti juga boleh menguatkuasakan cadangan ini dengan mengemukakan insentif berkaitan dan juga mengenakan penalti sesuai dengan keadaan tanah yang terbiar.

3- DATA PENGELUARAN DAN PASARAN HASIL TANI WAJIB DIBERI TUMPUAN
‘Norma Baharu’ menuntut kita untuk membuat keputusan berasaskan fakta dan data. Dalam konteks ini,data pengeluaran hasil pertanian adalah nadi kepada penentuan harga pasaran dan ini perlu diberi perhatian.Sebuah platform yang mengumpul ‘real-time agriculture’ data akan membantu untuk kita memantapkan rantaian nilai pertanian yang telah dibina. Pemantauan data sebegini dengan kaedah sekarang tidak membantu usahawan tani. ‘Real-time’ data akan membolehkan usahawan tani menyesuaikan kehendak pasaran dan permintaan pelanggan pada kadar yang berpatutan. Salah satu cara yang boleh digunakan adalah dengan membangunkan sebuah platform yang dapat mengambil data secara ‘crawl’ di pusat-pusat pengumpulan dan pasar borong. Ini juga dapat membantu pihak berautoriti ketika menghadapi bencana untuk bertindak berasaskan fakta dan data.

4-INSENTIF PENGELUARAN HASIL DIPERKEMAS 
UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN

Pada masa ini insentif adalah kompenen penting untuk mneggerakkan sektor pertanian hari ini dah masa hadapan. Justeru untuk memastikan insentif ini lebih berkesan, sehala rekod transaksi pertanian wajar disimpan secara berkala dan mudah diakses apabila diperlukan. Konsep ‘bookkeeping’ usahawan tani wajid diperkemas dan disesuaikan dengan industri pertanian. Rekod-rekod ini juga akan membantu para petani untuk menilai kemajuan ladang dan juga sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan pinjaman berkaitan pembesaran ladang apabila sampai waktunya nanti.

…bersambung NORMAL BARU sektor pertanian versi Mr Shark …


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *