Rantaian nilai merupakan konsep asas untuk kita memahami bagaimana sesuatu industri berinteraksi daripada hulu sampai ke hilirnya, daripada upstream sampai ke downstreamnya. Dalam membangunkan Tanaman Cili sebagai sebahagian komoditi tanaman utama di Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPK Kuala Langat) , Pengurus Besar, En. Shakran telah menggariskan dengan teliti tentang bagaimana rantaian nilai ini boleh membantu membina industri tani yang menguntungkan untuk usahawan tani.

Asas utama dalam pembinaan rantaian nilai ini adalah untuk memastikan kestabilan pengeluaran hasil ladang kepada pengguna. Dengan ketepatan data daripada setiap sektor rantaian nilai, kita secara langsung akan dapat memberi jaminan bahawa bekalan hasil ladang adalah bertetapan dengan keperluan pengguna, tidak akan ada isu berkenaan lambakan hasil ladang atau ketidakcukupan hasil ladang yang akan memberi impak kepada pengguna akhir. Ini secara langsung akan turun membantu kita meningkatkan Kadar Kecukupan Makanan Negara dan mengurangkan keperluan import dari luar.

Data tepat pertanian adalah antara isu besar yang berlegar dalam industri pertanian dan makanan negara. Kita tidak mempunyai simpanan data tepat pertanian yang boleh membantu kesemua pemain dalam rantaian nilai sektor ini. Dengan perkembangan big data, isu ini boleh diatasi sedikit demi sedikit.

Untuk usahawan tani, big data akan membantu untuk membuat jangkaan penanaman, pengeluaran dan kesan-kesan pasaran terhadap potensi hasil tanaman. Mereka juga secara langsung akan dapat mengawasi kos-kos pengeluaran untuk memaksimakan hasil ladang.

Bagi pembekal dan pemborong, dengan adanya big data, mereka juga dapat menguruskan perbekalan secara lebih tepat dan teratur. Ini akan mengurangkan risiko-risiko ketidakcukupan bekalan dan membina suatu solusi menang-menang antara usahawan tani dan pemborong. Usahawan tani akan dapat menjual hasil ladang pada harga pasaran yang lebih baik dan pemborong akan dapat mengurangkan risiko-risiko pelbagai yang selama ini ditanggung mereka.

Rantaiain nilai ini adalah kerangka awal untuk kita melihat industri pertanian ini dengan lebih jelas dan tuntas. Dari sini, para pemain dalam industri pertanian dapat meneroka peluang-peluang baharu yang boleh memberi manfaat kepada semua, dari ladang ke meja mekan.

Tulisan ini berdasarkan catatan En. Shakran Shamsudin, Pengurus Besar PPK Kuala Langat. Kapitani berkerjasama erat dengan pihak usahawn tani dalam membina kapasiti usahawan tani untuk mengetahui bagaimana ‘big data’ mampu memacu usaha mereka dengan lebih pantas dan berkesan. #kapitani #bertanibinanegara


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *