Categories
Pendigital Pertanian

Rekod Ladang Usahawantani

Kenapa susah untuk merekodkan transaksi ladang?

Kebanyakan usahawantani yang kami temui mempunyai masalah ini, bahkan isu ini bukan sahaja melibatkan usahawantani sebaliknya pelbagai usahawan sektor lain juga. Jika kita mengetahui betapa pentingnya aliran tunai dalam peniagaan kita, rekod-rekod ini tidak akan kita lupakan, sebaliknya akan selalu kita simpan dan mengira ke mana dan bagaimana wang syarikat dibelanjakan. Tetapi kenapa hal ini masih terjadi dikalangan usahawan tani?

  1. Kekurangan maklumat berkaitan kepentingan aliran tunai ladang.

Aliran tunai ladang adalah indikasi penting sama ada usaha kita memberi hasil yang diharapkan atau tidak. Dengan aliran tunai ladang yang sentiasa dikemaskini, kos-kos berkaitan akan dapat dinilai dengan sepatutnya.

Berapa kos baja yang telah dibelanjakan?
Kenapa bulan ini ada lebihan belanjawan untuk Racun Serangga?
Musim ini hasil nampaknya lebih rendah daripada musim lepas, adakah kerana harga pasaran yang lebih rendah atau harga bahan-bahan inpu ladang yang tinggi?
Berbaloikan untuk gantikan tenaga kerja hari ini dengan Sistem IOT ladang, berapa lama pulangan hasilnyan nanti?

Ini adalah beberapa persoalan yang akan selalu kita nilai dan bertanya, sama ada usaha kita mencapai Key Performance Indication (KPI) yang kita tetapkan atau tidak.

2.Jadual kerja yang sibuk dan tiada pembantu

Umum mengetahu bahawa usahawantani, 75%-80% masanya adalah di kebun atau ladang-ladang yang berkaitan. Justeru jadual kerja yang tidak terurus turut memberi impak kepada usahawantani yang mahu mengembangkan lagi usaha mereka.

Keluar awal pagi, pulang lewat petang, lepas maghrib terus terlentang, akibat sibuk diladang.

Untuk mengembangkan usaha tani, ini adalah antara keperluan yang perlu diubah, jadual dan SOP ladang perlu sentiasa dikemaskini dan transaksi ladang wajib dinilai seminggu sekali supaya perbelanjaan ladang mengikut belanjawan yang telah ditetapkan.

3.Salinan resit yang bersepah dan tiada sistem ‘filing’

Ini antara isus utama yang menyumbang kepada kesukaran untuk usahawan tani merekodkan transaksi ladang mereka.

Bayangkan dalam kekalutan ke kebun, terpaksa singgah membeli racun serangga akibat serangan luarjangka. Sampai di kebun, bancun racun, sembur. Selesai meracun, simpan baki racun serangga, kemas peralatan dan pulang.

Resit racun serangga tadi bersepah, rupanya terbuang dalam tong sampah.

Justeru untuk usahawan tani begini, rekod-rekod transaksi perlu disimpan dan dapat diakses dengan lebih mudah.

Bagaimana mahu menyimpan rekod hasil dengan mudah? Nantikan artikel berikutnya dari Kapitani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *