Categories
Pendigital Pertanian

Rekod Ladang Usahawantani

Kenapa susah untuk merekodkan transaksi ladang?

Kebanyakan usahawantani yang kami temui mempunyai masalah ini, bahkan isu ini bukan sahaja melibatkan usahawantani sebaliknya pelbagai usahawan sektor lain juga. Jika kita mengetahui betapa pentingnya aliran tunai dalam peniagaan kita, rekod-rekod ini tidak akan kita lupakan, sebaliknya akan selalu kita simpan dan mengira ke mana dan bagaimana wang syarikat dibelanjakan. Tetapi kenapa hal ini masih terjadi dikalangan usahawan tani?

  1. Kekurangan maklumat berkaitan kepentingan aliran tunai ladang.

Aliran tunai ladang adalah indikasi penting sama ada usaha kita memberi hasil yang diharapkan atau tidak. Dengan aliran tunai ladang yang sentiasa dikemaskini, kos-kos berkaitan akan dapat dinilai dengan sepatutnya.

Berapa kos baja yang telah dibelanjakan?
Kenapa bulan ini ada lebihan belanjawan untuk Racun Serangga?
Musim ini hasil nampaknya lebih rendah daripada musim lepas, adakah kerana harga pasaran yang lebih rendah atau harga bahan-bahan inpu ladang yang tinggi?
Berbaloikan untuk gantikan tenaga kerja hari ini dengan Sistem IOT ladang, berapa lama pulangan hasilnyan nanti?

Ini adalah beberapa persoalan yang akan selalu kita nilai dan bertanya, sama ada usaha kita mencapai Key Performance Indication (KPI) yang kita tetapkan atau tidak.

2.Jadual kerja yang sibuk dan tiada pembantu

Umum mengetahu bahawa usahawantani, 75%-80% masanya adalah di kebun atau ladang-ladang yang berkaitan. Justeru jadual kerja yang tidak terurus turut memberi impak kepada usahawantani yang mahu mengembangkan lagi usaha mereka.

Keluar awal pagi, pulang lewat petang, lepas maghrib terus terlentang, akibat sibuk diladang.

Untuk mengembangkan usaha tani, ini adalah antara keperluan yang perlu diubah, jadual dan SOP ladang perlu sentiasa dikemaskini dan transaksi ladang wajib dinilai seminggu sekali supaya perbelanjaan ladang mengikut belanjawan yang telah ditetapkan.

3.Salinan resit yang bersepah dan tiada sistem ‘filing’

Ini antara isus utama yang menyumbang kepada kesukaran untuk usahawan tani merekodkan transaksi ladang mereka.

Bayangkan dalam kekalutan ke kebun, terpaksa singgah membeli racun serangga akibat serangan luarjangka. Sampai di kebun, bancun racun, sembur. Selesai meracun, simpan baki racun serangga, kemas peralatan dan pulang.

Resit racun serangga tadi bersepah, rupanya terbuang dalam tong sampah.

Justeru untuk usahawan tani begini, rekod-rekod transaksi perlu disimpan dan dapat diakses dengan lebih mudah.

Bagaimana mahu menyimpan rekod hasil dengan mudah? Nantikan artikel berikutnya dari Kapitani.

Categories
Kolum PPK Kuala Langat Pendigital Pertanian

RANTAIAN NILAI DAN BIG DATA INDUSTRI PERTANIAN

Rantaian nilai merupakan konsep asas untuk kita memahami bagaimana sesuatu industri berinteraksi daripada hulu sampai ke hilirnya, daripada upstream sampai ke downstreamnya. Dalam membangunkan Tanaman Cili sebagai sebahagian komoditi tanaman utama di Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPK Kuala Langat) , Pengurus Besar, En. Shakran telah menggariskan dengan teliti tentang bagaimana rantaian nilai ini boleh membantu membina industri tani yang menguntungkan untuk usahawan tani.

Asas utama dalam pembinaan rantaian nilai ini adalah untuk memastikan kestabilan pengeluaran hasil ladang kepada pengguna. Dengan ketepatan data daripada setiap sektor rantaian nilai, kita secara langsung akan dapat memberi jaminan bahawa bekalan hasil ladang adalah bertetapan dengan keperluan pengguna, tidak akan ada isu berkenaan lambakan hasil ladang atau ketidakcukupan hasil ladang yang akan memberi impak kepada pengguna akhir. Ini secara langsung akan turun membantu kita meningkatkan Kadar Kecukupan Makanan Negara dan mengurangkan keperluan import dari luar.

Data tepat pertanian adalah antara isu besar yang berlegar dalam industri pertanian dan makanan negara. Kita tidak mempunyai simpanan data tepat pertanian yang boleh membantu kesemua pemain dalam rantaian nilai sektor ini. Dengan perkembangan big data, isu ini boleh diatasi sedikit demi sedikit.

Untuk usahawan tani, big data akan membantu untuk membuat jangkaan penanaman, pengeluaran dan kesan-kesan pasaran terhadap potensi hasil tanaman. Mereka juga secara langsung akan dapat mengawasi kos-kos pengeluaran untuk memaksimakan hasil ladang.

Bagi pembekal dan pemborong, dengan adanya big data, mereka juga dapat menguruskan perbekalan secara lebih tepat dan teratur. Ini akan mengurangkan risiko-risiko ketidakcukupan bekalan dan membina suatu solusi menang-menang antara usahawan tani dan pemborong. Usahawan tani akan dapat menjual hasil ladang pada harga pasaran yang lebih baik dan pemborong akan dapat mengurangkan risiko-risiko pelbagai yang selama ini ditanggung mereka.

Rantaiain nilai ini adalah kerangka awal untuk kita melihat industri pertanian ini dengan lebih jelas dan tuntas. Dari sini, para pemain dalam industri pertanian dapat meneroka peluang-peluang baharu yang boleh memberi manfaat kepada semua, dari ladang ke meja mekan.

Tulisan ini berdasarkan catatan En. Shakran Shamsudin, Pengurus Besar PPK Kuala Langat. Kapitani berkerjasama erat dengan pihak usahawn tani dalam membina kapasiti usahawan tani untuk mengetahui bagaimana ‘big data’ mampu memacu usaha mereka dengan lebih pantas dan berkesan. #kapitani #bertanibinanegara

Categories
Kolum PPK Kuala Langat Pendigital Pertanian

SEJARAH PEMBINAAN PUSAT PENGUMPULAN PPK KUALA LANGAT

Oleh Shakran Shamsudin, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan, Kuala Langat.

Pada Oktober 2014, Buget untuk pembinaan telah diluluskan kepada hampir 200 PPK diseluruh negara termasuk PPK Kuala Langat untuk membina satu unit Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP). Tapak yang dipilih ialah tapak sub centre PPK Kuala Langat yang terletak di Telok Panglima Garang yang mana sebelum ini disewakan kepada ahli peladang untuk pernigaan seperti Warung dan kedai runcit.

Namun bagi membina tapak ini atau pembinaan infrastuktur, PPK Kuala Langat telah membuat persediaan awal dengan membuat lawatan rasmi ke LPP Labuan untuk memahami dan melhat sendiri aktiviti pusat pengumpulan di sana. Lawatan telah diadakan pada akhir tahun 2013 dengan ahli lawatan ialah Ahli Lembaga Pengarah PPK Kuala Langat, Pengarah LPP Selangor Tuan Haji Nasir Ismail, Pengurus Besar, En Ahmad Firdaus (Pengurus Projek) dan Usahawan Cili En. Norhashim Kamisan. Pihak PPK juga telah mengadakan pertemuan dengan 5 usahawan pertanian pada MAC 2014 dengan menyatakan hasrat untuk membina pusat pengumpulan dan diterima amat positif walaupun semasa bermesyuarat pelbagai soalan ditanya bertalu-talu seperti bagaimana harga ditetapkan, mampukah PPK membayar pada harga yang tinggi, bagaimanakah hasil ini dikumpul dan mesyuarat ini berlangsung di bawah pokok dihadapan tapak pusat pengumpulan yang bakal dibina

Pembinan ini bermula dengan penyediaan spesifikasi dan reka bentuk banggunan yang mana PPK Kuala Langat telah memohon untuk tidak menggunakan pelan yang disediakan oleh LPP kerana pihak PPK memerlukan saiz yang lebih luas berbanding pelan sediada yang bersaiz 25kaki x 45kaki dan saiz yang dipersetujui ialah 75kaki x 35kaki bagi PPK Kuala Langat.Kontraktor dilantik ialah En. Ewah, Ahli Peladang PPK Kuala Langat dan yakin pembinaan akan selesai selepas CNY.

Kerja pembinaan berjalan lancar dan mengambil masa 2 bulan yang melibatkan tambakan tanah dan pembinan lomgkang.. Berikut adalah gambar gambar yang sempat dirakamkan

Air bertakung yang mengjengkilkan
Proses pembinaan berjalan lancar
Proses pembinaan berjalan lancar
Batu batu diangkut bagi menambah kekuatan tapak
Hampir 80 peratus siap

Setelah 2 bulan pembinaan, pusat pengumpulan ini mula beroperasi pada 17 Feb 2015 dengan penerimaan pertama hasil sebanyak 173kg Cili dan minggu seterusnye En. Norhasim mula menghantar timun dan cili yang diterima daripada Usahawan Tani yang mana hasil yang dikumpul adalah kurang dari 500kg.

PASARAN PRODUK
Didalam perlaksanaan projek ini, PPK Kuala Langat hanya menjadi pemudah cara kepada petani yang mana hasil petani dikumpul dari ladang dan dibawa ke pusat ini dan dijual di pasaran sediada petani tersebut. Disini maklumat yang dikumpul adalah perbezaan harga, kaedah pengredan dan kaedah penghantaran kerana PPK Kuala Langat tidak pernah menjual produk segar sebelum ini. Disinilah kami perolehi maklumat tepat berkaitan pemasaran dan mula memahami pasaran produk sayuran segar. Pasar Borong Meru dan Pasar Borong Selangor menjadi tempat rujukan utama.

Pada waktu itu juga, pasaran En. Hashim ialah ke hypermarket iaitu GIANT dengan pembekalan Cili Merah. Apabila operasi Pusat ini bermula, En. Hashim menyerahkan market ini untuk dijaga oleh PPK Kuala Langat dan diselia secara bersama.

PPHL DIBERI NAMA
Oleh kerana PPK Kuala Langat adalah PPK terawal mengoperasikan pusat pengumpulan hasil pertanian ini (PPHP) dan terma atau akronim bagi tapak ini sepatutnye PPHP namun telah ditukar secara tak sengaja kepada PPHL iaitu PUSAT PENGUMPULAN HASIL LADANG dan nama ini kekal sehingga kini.Dari tersilap sebut tapi kekal dan diterima semua peringkat pengurusan dan petani.

UJANG PETANI TERAWAL 

Ujang petani dari tanjung malim yang pada Feb 2015 itu kebun beliau mua mengeluarkan hasil dan beliau cukup komited untuk menghantar hasil kebun beliau kep PPHL dengan kekerapan 3kali seminggu. Sanggup memandu 160km pegi balik hanya untuk menjual hasil beliau. Bagi saya.. beliau bukan memandang penat tp semangat dan jiwa taninye yang ingin mengubah sistem pemasaran sediada kepada sistem baru yang petani mempunyai harga dalam pemasaran produk yang dikeluarkan oleh petani.. Tahniah Ujang.

PROMOSI KEPADA USAHAWAN TANI

Dan dari seorang petani ke sorang petani mula menghantar ke PPHL PPK KuaLa Langat dan promosi melalui media sosial iaitu FB dan Whatsapp digunakan sepenuhnya. Sesuatu projek mesti dibuat promosi dan hebahan bagi maksud menerangkan kewujudan projek yang dijalankan.SAYA BEKALKAN CILI KE HYPERMARKET di beri fokus dengan hashtag utama pada waktu itu #JOMSERTAIKAMI memang bertalutalu kat FB..

En Rizal. Penyelia merangkap pemadu awal pusat pengumpulan

DIALAH PEMANDU DAN DIALAH PEYELIA PPHL

Mohd Rizal adalah bekal pelajar institut pertanian yang pernah praktikal di PPK Kuala Langat telah di panggil untuk membantu En Ahmad Firdaus yang cukup bertenaga sebab baru berumur 21 tahun.. Dari mengangkut barang ke mengemas PPHL dan mengecat bilik seminar.. semua beliau lakukan.. dan Nama beliau adalah nama nama penting dalam keujudan PPHL

Categories
Kolum PPK Kuala Langat Pendigital Pertanian

‘Norma Baharu’ dalam Sektor Pertanian Negara

Oleh Shakran Shamsudin, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan, Kuala Langat.

Pertama sekali tahniah kepada para usahawan tani kecil atau besar di malaysia ini yg terus menerus mengeluarkan hasil demi memastikan kelangsungan sumber makanan dalam negara. Pelbagai risiko dalaman serta luar kawalan terpaksa dihadapi seperti cuaca, harga yang tidak menentu, serangan penyakit, kekurangan buruh dan pelbagai lagi ancaman.Namun industri tani ini perlulah sustainable. Persoalan yang wajar kita fikirkan, adakah kita dan negara kita bersedia untuk industri tani ini berdiri sebagai tonggak pembangunan negara?

Mengikut pemerhatian saya, selaku petani yang membangun dengan teori lama , secara peribadi kita masih belum bersedia.Tetapi dengan perkembangan baru akibat Covid-19, beberapa terma baru seperti ‘New Norm’ atau ‘Norma Baharu’ telah diperkenalkan. Saya tertarik dengan istilah ini terutamanya bentuk ‘Norma Baharu’ yang dicanangkan oleh pemikir-pemikir lama .Kita jugak maklum kegagalan pemikir-pemikir lama dalam membangunkan industri tani ini secara komprehensif. ‘Norma Baharu’ yang dibina hanya di atas teori mungkin sedikit sebanyak memberi petunjuk kepada usahawan tani untuk mengharungi cabaran di hadapan, tetapi yang lebih penting adalah praktikaliti ‘Norma Baharu’ ini supaya insiden-insiden lama seperti kelompongan dalam pengagihan subsidi yang berbillion ringgit tidak lagi berlaku. Usahawan tani dalam ‘Norma baharu’ adalah mereka yang membangunkan negara dan ketirisan peruntukan sewajarnya tidak berlaku lagi.

Saya sertakan disini beberapa cadangan dalam industri tani yang boleh kita bangunkan sebagai sebuah industri yang sustainable dan mapan.

1 – TANAH PERTANIAN YANG KEKAL 
Tanah merupakan sumber asas pembangunan industri tani. Cabaran utama masa kini untuk usahawan tani muda pastinya kesukaran mendapatkan tanah sebagai tapak pertanian. Dengan ketiadaan tanah pusaka dan kebanyakan tanah pertanian telah bertukar status menajdi tanah kediaman, usahawan tani muda berdepan dengan tugas sukar. Justeru, apakah pilihan yang ada ? Untuk usahawan tani muda yang memahami konsep pengurusan ladang yang efektif, sudah pastinya mengambil kira pelbagai faktor seperti kesesuaian lokasi dan infrastruktur

Pada saya, program Tapak Kekal Pengeluaran Makanan Negara (TKPM) dan konsep ‘satelite farm’ adalah pendekatan yang sangat mapan. Tapak-tapak pertanian begini akan dapat membantu industri tani berkembangan sehingga generasi yang akan datang.

2- OPTIMUMKAN PENGHASILAN TANAH YANG TERBIAR
Terdapat banyak tanah bersaiz 1 dan 2 ekar yang tidak digunakan atau diduduki. Kebanyakan mungkin merancang untuk membangunkan kediaman sewaktu pencen nanti. Keadaan ini agak merugikan kerana tanah sebagai sumber pertanian yang kritikal sewajarnya dibangunkan bagi meningkatkan hasil pertanian. Tanah-tanah yang tidak diduduki atau digunakan yang berada di lokasi bersesuaian boleh digunakan oleh usahawan tani dengan konsep pajakan. Perjanjian menang-menang antara pemilik tanah dan usahawan tani akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Pihak berautoriti juga boleh menguatkuasakan cadangan ini dengan mengemukakan insentif berkaitan dan juga mengenakan penalti sesuai dengan keadaan tanah yang terbiar.

3- DATA PENGELUARAN DAN PASARAN HASIL TANI WAJIB DIBERI TUMPUAN
‘Norma Baharu’ menuntut kita untuk membuat keputusan berasaskan fakta dan data. Dalam konteks ini,data pengeluaran hasil pertanian adalah nadi kepada penentuan harga pasaran dan ini perlu diberi perhatian.Sebuah platform yang mengumpul ‘real-time agriculture’ data akan membantu untuk kita memantapkan rantaian nilai pertanian yang telah dibina. Pemantauan data sebegini dengan kaedah sekarang tidak membantu usahawan tani. ‘Real-time’ data akan membolehkan usahawan tani menyesuaikan kehendak pasaran dan permintaan pelanggan pada kadar yang berpatutan. Salah satu cara yang boleh digunakan adalah dengan membangunkan sebuah platform yang dapat mengambil data secara ‘crawl’ di pusat-pusat pengumpulan dan pasar borong. Ini juga dapat membantu pihak berautoriti ketika menghadapi bencana untuk bertindak berasaskan fakta dan data.

4-INSENTIF PENGELUARAN HASIL DIPERKEMAS 
UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN

Pada masa ini insentif adalah kompenen penting untuk mneggerakkan sektor pertanian hari ini dah masa hadapan. Justeru untuk memastikan insentif ini lebih berkesan, sehala rekod transaksi pertanian wajar disimpan secara berkala dan mudah diakses apabila diperlukan. Konsep ‘bookkeeping’ usahawan tani wajid diperkemas dan disesuaikan dengan industri pertanian. Rekod-rekod ini juga akan membantu para petani untuk menilai kemajuan ladang dan juga sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan pinjaman berkaitan pembesaran ladang apabila sampai waktunya nanti.

…bersambung NORMAL BARU sektor pertanian versi Mr Shark …